Rasid Norasikin Agency

Salam sejahtera;

PROFAIL SYARIKAT

Rasid Norasikin Sdn Bhd ditubuhkan pada 16 April 2002 di bawah Akta Syarikat  1965.

Selaras dengan perkembangan industri takaful di Malaysia,kami telah mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan takaful yang merangkumi Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Untuk segmen Takaful Keluarga kami memfokuskan dalam usaha mewujudkan lebih ramai ushawan takaful. Dengan cara ini kami dapat menyumbang dalam penembusan lebih pasaran takaful di negara ini dimana sehingga 2011, peratus penembusan takaful berbanding jumlah penduduk di Malaysia hanyalah 42%.

Manakala untuk segmen Takaful Am, disamaping pasaran individu sedia ada, kami berusaha untuk mendapatkan job daripada syarikat korporat. Selaras dengan perkembanga pasaran online, kami juga berusaha untuk menggandakan usaha dalam menguasai pasaran di dunia tanpa sempadan ini.



VISI

Menjadi RM 3 MILLION AGENCY menjelang 2015.


MISI


Melindungi dan memupuk kesedaran keperluan takaful untuk diri, keluarga, harta benda dan masa depan.


OBJEKTIF

Menjadi RM 3 MILLION AGENCY menjelang 2015.
Melahirkan 50 usahawan Takaful yang bergiat secara sepenuh masa menjelang 2015.
Mewujudkan sebuah pusat latihan kemahiran Takaful yang lengkap.
Meningkatkan rangkaian wakil-wakil Takaful yang aktif dan progresif.
Memajukan rangkaian pusat-pusat agensi perkhidmatan dan pemasaran Takaful yang sedia ada.
Menggandakan program latihan dan seminar sahsiah yang lebih efektif dan produktif.




OBJEKTIF UMUM

Sebagai penyampai ilmu,pembina sumber rujuk,perunding dan pengkhidmat takaful yang berwibawa 
Untuk merealisasikan wawasan eTiQa Takaful Berhad sebagai sebuah Syarikat Takaful yang tersohor di Malaysia



OBJEKTIF KHUSUS


Mengadakan program seminar untuk menggalakkan dan meningkatkan kefahaman, kesedaran tentang kepentingan Takaful dalam kalangan belia-beliawanis yang ingin menjadikan bidang Takaful/Insuran sebagai satu profesyen.

Melahirkan wakil-wakil yang berwawasan dan membentuk mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Memberikan khidmat perundingan kepada masyarakat dan membimbing mereka dalam membina masa depan yang terjamin.

Mengoptimumkan kemahiran dan keperibadian wakil-wakil yang bakal menjadi usahawan yang sempurna.

Membantu pemegang-pemegang sijil Etiqa Takaful dari segi kefahaman tentang kepentingan melabur dengan cara yang lebih effisien dan mampu menjamin masa depan diri sendiri atau keluarga.

Membantu mendidik masyarakat agar lebih arif untuk melindungi diri atau harta melalui insuran Takaful yang luas dan mampu membantu mereka sewaktu keperluan.

AKTIVITI
 

1.Melantik dan merekrut usahawan Takaful.
2.Memasarkan produk takaful keluarga
3.Memasarkan semua kelas produk takaful am

 

BUTIRAN SYARIKAT



Nama syarikatRasid Norasikin Sdn Bhd(577319M)
Tarikh penubuhan16 april 2002
Lembaga PengarahTuan Haji Rasid bin Elham
Puan Hajjah Nor Asikin binti Othman
Alamat Ibu Pejabat
15A Blok 2 Pusat Perniagaan Worldwide
Jalan Tinju 13/50 Seksyen 13
40100 Shah Alam
Tel:03-5513 5000/03-55233593
Fax:03-5518 7000
Alamat Cawangan
32 Tingkat Bawah Aked MARA
Jalan Kapar
41400 Klang Selangor
Tel/Fax:03-33445244 / 03-33441040

websitewww.etiqatakafull.blogspot.com
email
Bank UtamaMaybank Islamic Bank Berhad
32, Lorong Tiara 1A,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang
Selangor
Bilangan kakitangan5 orang




PROFAIL PASUKAN PENGURUSAN KANAN


Tuan Haji Rasid bin Elham
Beliau merupakan pengasas Rasid Norasikin Sdn Bhd. Merupakan pemegang Ijazah Pengurusan(dengan Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau bertanggung jawab mengawasi keseluruhan perjalanan operasi syarikat. Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai agen insuran dan takaful semenjak tahun 1992. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengusrus Agensi Kumpulan di Etiqa Takaful Berhad.

Puan Hajjah Nor Asikin binti Othman
Seperti Tuan Haji Rasid bin Elham, beliau juga merupakan pengasas Rasid Norasikin Sdn Bhd. Merupakan pemegang Ijazah Perakaun (dengan Kepujian) dari Universiti Islam Antarabngsa. Beliau bertanggung jawab dalam hal kewangan syarikat. Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman sebagai agen insuran dan takaful semenjak tahun 1997.






No comments:

Post a Comment