eTiQa Takaful

Latarbelakang Syarikat
    
     Mayban Fortis ditubuhkan pada 2001 dengan penggabungan antara bank terbesar diMalaysia iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Fortis International NV, salah satu Perkhidmatan Kewangan Bersepadu terbesar diEropah,dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis, perkongsian ini memperlihatkan semua kumpulan syarikat syarikat insuran Maybank bernaung dibawah Mayban Fortis Holdings Berhad.Pada tahun 2005, Mayban Fortis telah berkembang dengan pesatnya dengan pengambilalihan Malaysia National Insurance Berhad (MNI), sebuah syarikat Insuran tempatan terbesar dan anak syarikatnya, Takaful Nasional Sdn Bhd, Pengendali Takaful terpenting di Malaysia.
     Dari segi kewangan, penggabungan tersebut telah melonjakkan Mayban Fortis ke tangga kedua Penginsuran terbesar diMalaysia dan Pengendali Takaful utama Negara.Untuk tahun kewangan 2006/2007 Premium kasar dicatat oleh Mayban Fortis RM4 billion 
     Sumbangan dari Takaful direkod sebanyak RM 900 juta (USD 266.78 juta). Hasil daripada penjenamaan semula TAKAFUL ETIQA BERHAD di bawah naungan KUMPULAN MAYBANK  PADA  2006.Memiliki asset melebihi 5.8 BILION merupakan pengendali terbesar dalam industri.Dinaungi MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH diketuai oleh Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria.Mencatat sumbangan melebihi 1 billion pada tahun kewangan 30 Jun 2008 berbanding 600 juta pada tahun sebelumnya.
   



No comments:

Post a Comment