1) Bilakah saya boleh memperbaharui cukai jalan?
Anda boleh memperbaharui cukai jalan 2 bulan awal dari tarikh tamat
tempoh cukai jalan anda
2) Adakah eztakaful.blogspot.com menyediakan Insuran Third Party?
Tidak, kami hanya menjual Insuran First Party.
3) Apakah dokumen yang diperlukan untuk membeli Insurans
Dokumen yang diperlukan adalah sangat minima, iaitu:
Nota Pembaharuan / Polisi Insurans terdahulu
Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kereta); untuk rujukan no. chassis enjin
4) Saya mempunyai NCD/NCB (No Claim Discount/No Claim Bonus)
sebanyak 55% dari ejen Insurans lain sebelum ini.
Bolehkah saya mengekalkan NCD saya jika saya beli di eztakaful.blogspot.com
Ya, sistem Insurans di eztakaful.blogspot.com menggunakan sistem NCD Online,
di mana status NCD akan diperiksa secara ‘online’ dan telah dikemaskini
oleh semua syarikat Insurans di Malaysia
5)Jika saya mempunyai masalah dengan status NCD saya, siapakah yang
saya boleh hubungi?
Anda boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda mendapatkan kepastian.
6)Bilakah saya akan mendapat polisi Insurans saya dari eztakaful.blogspot.com
Anda akan mendapat e-covernote dalam masa maksima 8 jam dari tarikh pembayaran
dan mendapat polisi dalam masa maksima 24 jam.
7) Bagaimana untuk memperbaharui roadtax sekiranya pemunya kereta sudah meninggal Dunia
Roadtax bagi kereta yang penamanya telah meninggal hanya boleh diperbaharui dalam
tempoh 6 bulan dengan menggunakan nama simati. Ini memerlukan Surat Kebenaran Memperbaharui
Cukai Jalan dari mana-mana mahkahmah seksyen. Urusan memperbaharui ini kemudiannya hanya boleh
dilakukan di JPJ.Dalam masa yang sama, waris hendaklah menguruskan proses tukar nama. Untuk menukar
penama kereta, waris perlu ke Bahagian Pusaka Kecil,Pejabat tanah atau ke mana-mana mahkamah
seksyen untuk mendapatkan surat pengesahan, kemudian menguruskan pertukaran nama di JPJ
8) Adakah harga Insurans kenderaan berbeza dari satu syarikat Insurans dengan
syarikat Insurans yang lain?
Pada dasarnya semua syarikat insurans di Malaysia mesti mengguna pakai Tariff Kenderaan Motor yang
telah diwartakan atau ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Namun begitu, kemungkinan ada
sedikit perbezaan harga Insurans dari satu syarikat Insurans dengan syarikat Insurans yang lain
disebabkan oleh loading (caj tambahan) yang dikenakan oleh sebahagian syarikat Insurans ke atas umur
kenderaan, umur pemandu, pengalaman pemandu, jenis kenderaan dan keupayaan engine (C.C).
Sekiranya tiada loading yang dikenakan oleh mereka ke atas kenderaan tersebut, maka harga Insurans
kenderaan adalah sama dari semua syarikat Insurans di Malaysia.
No comments:
Post a Comment